Seorang berlari dengan leher berlumuran darah. Manakala rakannya berlari dengan kedua-dua tangan terikat di belakang. Gelagat dua warga asing yang cuba mendapatkan pertolongan orang ramai selepas mendakwa dirompak individu tidak dikenali itu mengundang kekecohan penduduk di Kuala Kedah.