Polis menahan empat lagi warganegara asing yang disyaki terlibat dalam aktiviti keganasan. Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata, mereka ditahan oleh bahagian counter terrorism, cawangan khas Bukit Aman pada 3 Julai lalu di beberapa lokasi sekitar Kuala Lumpur serta Selangor dan dipercayai dipercayai anggota kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelan, LTTE Sri Lanka.