Keadaan struktur tanah serta keselamatan laluan Monorail di kawasan tanah mendap hanya akan diketahui, Ahad ini.
Keputusan akan diumum perunding jurutera daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Rapid Rail Sdn Bhd.
Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail, Khairani Mohamed berkata sekiranya hasil kajian tidak menunjukkan sebarang masalah, perkhidmatan Monorail akan beroperasi semula seperti biasa.