Kerajaan Negeri Terengganu bercadang untuk menaik taraf jalan Kuala Berang ke Tasik Kenyir bagi memudahkan orang ramai terutamanya pelancong untuk mengunjungi destinasi itu.
Ia dilihat perlu bagi melancarkan perjalanan dan menjimatkan masa perjalanan selain mengurangkan risiko kemalangan yang disebabkan kerosakan jalanraya.