11.4 juta ringgit diperuntukan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) bagi membiayai program kebajikan untuk golongan mualaf sepanjang tahun ini. Peruntukan itu pada masa sama membuktikan keprihatinan MAIDAM bagi memenuhi keperluan saudara baru termasuk menjaga kebajikan mereka menerusi program bimbingan secara berterusan.