Umat Islam digesa mengutamakan perpaduan bagi mengelak perpecahan yang boleh membawa ketidakharmonian dalam negara.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kejadian yang menimpa negara-negara Islam di Asia Barat seperti Libya, Syria, Iraq dan Mesir perlu dijadikan ikhtibar kerana perpecahan menyebabkan umat Islam semakin lemah.