Jambatan kedua Pulau Pinang yang dinamakan sebagai 'Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah secara rasminya di buka kepada umum tepat jam 12.01 malam tadi.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan bersetuju menamakan 'Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah' selepas mendapat perkenan Yang Di-pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.