Keputusan MCA mahu menyertai semula kabinet bukan untuk mencari kedudukan tetapi untuk berkhidmat kepada masyarakat cina dan negara.
Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata parti itu perlu menyelesaikan masalah yang dihadapi masyarakat cina dan akan menggunakan sumber kerajaan untuk membantu.