Kerajaan memberi jaminan kepada keluarga penumpang dan kru pesawat MH370 bahawa operasi mencari pesawat terbabit akan terus dijalankan. Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein berkata ini kerana pihak keluarga masih meletakkan harapan tinggi, biarpun peluang menjejaki MH370 tipis.