Jabatan Kastam Diraja Malaysia menjangka lebih 100 ribu perniagaan mendaftarkan operasi mereka pada akhir tahun bagi pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST). Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Khazali Ahmad, berkata pendaftaran wajib oleh jabatan itu akan bermula pada September.