Malaysia tidak pernah menerima kritikan dari mana-mana negara yang rakyat mereka ditangkap kerana terbabit dengan kegiatan militan antarabangsa di negara ini. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata Malaysia sebaliknya dipuji kerana mengambil tindakan tegas menahan mereka yang mengancam keselamatan negara dan dunia itu.