"Saya sudah berjanji dengan anak-anak bahawa saya akan bawa ibu mereka pulang tidak lama lagi."
Itu luahan Lee Ki Fatt, suami pramugari MH370 Foong Wai Yueng, yang terpaksa merahsiakan kejadian menimpa isterinya daripada pengetahuan kedua-dua anak mereka yang masih kecil.
Bagaimanapun, dia tetap optimis, isterinya akan ditemui.