Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri, Mohd Idris Ramli yakin, keseluruhan 40 ribu calon SPM di negeri dapat menjawab soalan dengan tenang dan lancar. Beliau percaya usaha keras tenaga pengajar yang melakukan pelbagai inisiatif bagi memastikan kejayaan anak murid mereka, digunakan sepenuhnya pelajar untuk menjawab soalan.