Kos sara hidup, rasionalisasi subsidi serta bidang keusahawanan menjadi tiga tumpuan Bajet 2015 yang dijadual dibentangkan 10 Oktober ini. Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, Forum Perundingan Bajet pertama akan bermula 26 Mei ini. Ia dijangka disertai kira-kira 400 wakil pelbagai sektor bagi membincangkan penyediaan Bajet 2015 yang akan memberi manfaat kepada rakyat.
Layari http://www.astroawani.com untuk berita selanjutnya.