Sebanyak RM 27.6 juta dibelanjakan kerajaan bagi membiayai kos logistik Anggota Keselamatan Malaysia untuk fasa pertama pencarian pesawat MH370.
Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, kos perbelanjaan meliputi makan, minum serta bekalan minyak membabitkan beberapa pasukan keselamatan.
Ia termasuk Tentera Darat Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).