Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedang mengumpul segala maklumat berhubung individu yang menyebarkan berita palsu berkaitan banjir. Menurut Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, maklumat yang dikumpul akan diserah kepada pihak peguam negara bagi tujuan pendakwaan.