Selepas lebih seminggu terkandas di Madinah, akhirnya, sekumpulan 121 jemaah, kebanyakannya dari Perak dan Pulau Pinang, selamat tiba di tanah air di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, KLIA, lewat petang tadi. Kepulangan mereka dilakukan dengan kerjasama Konsul Jeneral Malaysia di Jeddah. Mereka dibawa pulang menerusi penerbangan khas Flynas dari Jeddah.
Layari http://www.astroawani.com untuk berita selanjutnya.