Hampir setengah bilion ringgit diperlukan bagi membaik pulih sekolah yang terjejas akibat banjir yang melanda beberapa buah negeri.
Menurut Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, di Kelantan sahaja lebih 90 buah sekolah terjejas akibat banjir yang melibatkan kerosakan kerusi dan peralatan sekolah.