Kerajaan pusat dan kerajaan negeri Kelantan kini mengenepikan ideologi politik dan bersatu bagi memulihkan semula kehidupan rakyat pasca banjir.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan, kerjasama diterjemah melalui penubuhan jawatankuasa khas untuk memulihkan negeri Kelantan.