Melihat kepada tragedi MH17 di Ukraine, Petro Poroshenko segera mengumumkan penubuhan suruhanjaya khas bagi menyiasat punca pesawat berkenaan ditembak jatuh. Antara lain, suruhanjaya akan mendapat bantuan pakar pertubuhan penerbangan antarabangsa dan wakil dari Belanda, Malaysia dan Amerika Syarikat.