Rakyat Malaysia diingatkan untuk tidak lupa dengan keupayaan negara dalam misi mencari pesawat penerbangan MH370 yang hilang hampir setahun lalu. Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, kejadian itu menyerlahkan keupayaan malaysia dalam menggerakkan pakar daripada 26 negara dalam operasi mencari terbesar dalam sejarah itu.