Polis Diraja Malaysia, PDRM berjaya mematahkan sindiket curi kenderaan bernilai RM2 juta yang berpangkalan di Sungai Buloh, Selangor.
Serbuan bahagian risikan dan operasi, jabatan siasatan jenayah, D4 Jumaat lalu itu juga membolehkan 17 kes kecurian kenderaan diselesaikan.