Pemeteraian 3 memorandum persefahaman MOU antara Syarikat Malaysia dan Amerika Syarikat semasa lawatan Presiden Barrack Obama ke Malaysia pada April lepas bakal menyumbang kepada pengukuhan kerjasama ekonomi antara kedua-dua Negara.
Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata bagaimanapun MOU tersebut tidak melibatkan obligasi daripada pihak kerajaan kerana kerjasama yang dijalin hanya membabitkan bidang perniagaan.