Imej objek yang didedahkan oleh sebuah agensi kerajaan China yang dikaitkan dengan MH370 adalah satu kesilapan.
Perkara berkenaan disahkan sendiri China petang Khamis.
Duta China di Malaysia dalam mesejnya kepada pemangku menteri pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menegaskan pihaknya sedang menyiasat penyebaran maklumat berkenaan.