Rawatan ke atas penyakit kini lebih berkembang apabila ia bukan sekadar bantuan perubatan semata-mata. Penjagaan daripada segi pemakanan umpamanya kini dilihat mampu membantu dalam penyembuhan pesakit terutamanya bagi mereka yang mendapat rawatan di unit rawatan rapi.