Beberapa pusat pembuangan undi di daerah Rompin telah ditutup pada jam dua petang manakala selebihnya masih lagi berjalan sehingga jam 5 petang. Suruhanjaya Pilihan Raya SPR optimis terdapat peningkatan peratusan pengundi. Untuk mengetahui perkembangan terkini proses pengundian kita terus sahaja bersama Syah Hairizal di Kuala Rompin.