Pejabat Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Pekan memohon peruntukan RM200 juta bagi pembangunan tanaman padi di sekitar daerah ini dalam Rancangan Malaysia ke-11.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pertanian Dan Industri Asas Tani Datuk Shafik Fauzan Sharif berkata, untuk tahun lepas sebanyak RM 1.5 juta dibelanjakan untuk kos operasi dan penyelenggaraan jelapang padi di pekan dan jumlah itu meningkat kepada RM 2.5 juta pada tahun ini.