Tentera Udara Republik Singapura , RSAF menghantar satu lagi pesawat untuk menyertai pasukan mencari dan menyelamat pesawat MH370 yang kini memasuki hari ke tujuh.
RSAF dalam kenyataannya di laman Facebook menyatakan pesawat peronda maritim Fokker-50 dilengkapi radar pengesan elektro optik itu, dihantar untuk melancarkan operasi mencari dan mengesan di Selat Melaka.