Penggunaan telefon pintar dan tablet yang kerap boleh membuatkan bateri habis hanya beberapa jam selepas dicaj sepenuhnya. Walaupun boleh menggunakan power-bank, ia sedikit sebanyak menimbulkan masalah sekiranya power-bank kehabisan kuasa dan kita terdesak untuk menggunakan peranti mudah alih bagi perkara penting. Kini, beberapa syarikat giat membina teknologi pengecasan tanpa wayar untuk pelbagai jenis peranti yang dijangka popular menjelang 2015.