Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan dakwaan bahawa kerajaan menghapuskan sepenuhnya subsidi kepada rakyat. Sebaliknya tegas beliau, kerajaan kini menumpukan kepada subsidi bersasar yang dilihat lebih memanfaatkan golongan berpendapatan rendah dan menghapuskan subsidi minyak, yang disifatkan banyak ketirisan dan kerugian kepada rakyat.