Kedudukan ekonomi Malaysia yang pelbagai, bukan sahaja menyediakan penampan yang baik, malah mampu menampung dan menghadkan impak susulan kejatuhan harga minyak.
Ahli ekonomi kanan Bank Dunia bagi Malaysia, Dr Frederico Gil Sander berkata impak daripada kelemahan harga minyak juga diimbangi menerusi pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan, selain penambahan hasil daripada cukai lain yang tiada kaitan dengan minyak dan gas.