Proses integrasi yang paling rumit antara syarikat AIA Berhad dan kumpulan ING akhirnya hampir ke tahap kematangan selepas usaha penyatuannya mengambil masa 2 tahun. Ketua Pegawai Eksekutif AIA Berhad, Bill Lisle berkata proses penyatuan yang memerlukan persetujuan dari kedua-dua organisasi bukan sesuatu yang mudah.