Kerajaan disaran lebih agresif dalam mengenalpasti tanah rizab Melayu untuk pembinaan rumah mampu milik bagi kaum bumiputera terutamanya di Lembah Kelang. Ahli Parlimen Titiwangsa Datuk Johari Abdul Ghani, berkata selain menyediakan rumah mampu milik kepada orang Melayu, ia juga mampu meningkatkan nilai hartanah milik kaum itu.