45 pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk tiga kanak-kanak warga Myanmar yang menjadikan kawasan Genting Perah, Wang Kelian, Perlis sebagai transit sebelum meloloskan diri masuk ke negara ini, ditahan pihak berkuasa. Tangkapan dilakukan anggota batalion 3 pasukan Gerakan Am PGA selepas terserempak dengan dua tekong darat yang bersenjatakan selaras senapang patah dan senapang angin.