Pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) 1 April ini tidak akan memberi kesan kepada harga projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA). Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim memberitahu, diskaun 20 peratus daripada harga pasaran akan tetap diteruskan.