Kerajaan akan membincangkan impak cukai barang dan perkhidmatan, GST terhadap penjawat awam termasuk daripada segi gaji dan elaun mulai Julai ini. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa, berkata kerajaan perlu melihat terlebih dahulu pelaksanaan GST untuk mengetahui impaknya sebelum membuat sebarang keputusan.