Wang pampasan mangsa tragedi MH370 akan dimasukkan ke dalam akaun waris dalam tempoh 3 minggu setelah proses dokumentasi selesai. Pengarah krisis MH370, fuad sharuji berkata waris perlu memberi dokumen termasuk sijil kelahiran dan sijil perkahwinan yang disahkan pesuruhjaya sumpah.