Pelan induk perusahaan kecil dan sederhana PKS akan menjadi strategi menyeluruh bagi inisiatif PKS hingga 2020. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tumpuan akan diberikan dalam mempercepatkan pertumbuhan PKS menerusi inovasi dan peningkatan produktiviti.