Tiada lagi kebenaran diberi untuk perhimpunan KitaLawan yang diadakan di ibu negara pada setiap hari Sabtu. Amaran keras itu disuarakan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang menyifatkan perhimpunan itu didapati telah mencetuskan pelbagai kekecohan dan mengugat ketenteraman awam.