Baiki segala kerosakan yang terdapat di bangunan Sekolah Kebangsaan Bukit Tembakau, Jasin dengan segera. Itu gesaan waris yang bimbang akan keselamatan anak-anak mereka ketika sesi pembelajaran di sekolah terbabit. Lebih merunsingkan, bangunan sekolah setinggi empat tingkat itu turut didakwa semakin condong akibat mendapan tanah.