Kebocoran dokumen mengenai pelaburan dalam Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) seharusnya mendorong kerajaan menarik diri daripada rundingan berkenaan. Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) Nizam Mahshar berkata sekiranya TPPA termeterai, ia akan membawa impak buruk bukan sahaja kepada ekonomi tetapi juga kedaulatan negara.