Institut Pengajian Tinggi Awam, IPTA akan diberi tempoh secukupnya sebelum syarat baru kelayakan bagi Malaysian University English Test, MUET dilaksanakan tahun hadapan. Timbalan Menteri Pendidikan Kedua, P.Kamalanathan, berkata ia bagi memberi peluang kepada IPTA membuat persediaan sepenuhnya dalam usaha melaksanakan peraturan baru itu.