Insiden serangan penganas di timur Sabah dua tahun lalu, masih segar di ingatan. Dan dalam usaha memastikan kedaulatan dan keamanan negara khususnya di kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah, ESSCOM, seluruh lapisan masyarakat harus berganding bahu memberikan kerjasama, khususnya daripada segi penyaluran maklumat, khususnya membabitkan isu keselamatan. Pada masa sama, Ketua Pegawai Eksekutif ESSCOM, Ruji Ubi, menegaskan, agensi itu komited untuk memastikan jenayah rentas sempadan tidak berulang lagi.