Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Kuala Lumpur berjaya menumpaskan satu sindiket penipuan penjualan telefon bimbit tiruan di Kompleks Kota Raya Jumaat lalu. Dalam operasi jam empat petang itu , dua lelaki Cina ditahan selepas sepasukan pegawai dan anggota polis membuat intipan dan menyerbu dua stor menjual telefon bimbit tiruan pelbagai jenama di pusat beli belah itu.