Sebelas warga Indonesia yang hanyut selepas bot yang dinaiki karam, diselamatkan sekumpulan awak-awak warga Vietnam yang mengendalikan bot nelayan tempatan. Mangsa diselamatkan dua bot nelayan terbabit kira-kira 30 batu nautika dari pelabuhan Cendering,Kuala Terengganu.