Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bantuan khas RM37.3 juta untuk disalurkan kepada pekebun kecil getah di Sarawak. Ia selaras dengan keputusan kabinet bagi membantu meringankan beban terpaksa ditanggung pekebun kecil berikutan kejatuhan mendadak harga komoditi itu.