Rang Undang-Undang Pencegahan Keganasan (POTA) 2015 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat. Rang undang-undang tersebut yang akan membolehkan pihak berkuasa melakukan tahanan pencegahan dibentangkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.