Ops Gading yang bertujuan membersihkan pencerobohan tanah di Cameron Highlands menghadapi bantahan daripada penduduk pada peringkat awal. Bantahan itu dizahirkan dengan cara menghalang pihak kerajaan menyewa jentera berat bagi merobohkan struktur haram dan tanaman di atas tanah kerajaan.