Sila klik di sini untuk video terkini. http://www.astroawani.com/video
Kementerian pengangkutan masih mengkaji peraturan berkaitan drone termasuk keperluan mewajibkan pendaftaran penggunaan alat itu. Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata pendaftaran itu bagi menjamin tahap keselamatan industri penerbangan negara memandangkan penggunaan drone secara tidak terkawal boleh menjejaskan keadaan pesawat di ruang udara.