Sila klik di sini untuk video terkini. http://www.astroawani.com/video
Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Datuk Nur Jazlan Mohamed beri amaran tidak akan berlembut dengan mana-mana pihak yang menipu dalam siasatan mereka. Amaran tersebut dibuat selepas timbul khabar angin mendakwa Presiden 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy dan Mantan Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO) Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi berada dalam negara ketika gagal hadir ke prosiding mereka baru-baru ini.